Rabu, 5 Oktober 2011

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896

Pendahuluan -Negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan gabungan 4 buah negeri di Tanah Melayu iaitu Perak, Negeri sembilan, Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu pentadbiran berpusat. Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.
-Idea awal penubuhan persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld.  walaupun idea ini ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya mendapat persetujuan daripada keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan persekutuan ini
-Hasil kerjasama erat dan hubungan baik Frank Swettenham dan sultan-sultan Melayu, akhirnya pada 1 Julai 1896, persekutuan dilaksanakan secara rasmi

Faktor-faktor Penubuhan

1. Kedudukan Negeri Pahang
·         Pada mulanya Inggeris berkeyakinan  bahawa Pahang mempunyai potensi yang baik dari segi ekonomi. Setelah memperkenalkan sistem residen pada tahun 1888 di Pahang , Inggeris mengalami krisis kewangan sejak tahun 1890-an.
·         Pada tahun 1892 Pahang terpaksa membuat pinjaman kepada negeri-negeri Selat. Keadaan bertambah buruk apabila berlaku pemberontakan Pahang oleh Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau untuk menentang Inggeris yang mernambahkan lagi beban kewangan Pahang.
·         Dalam keadaan terdesak, Kerajaan Inggeris perlu membuat keputusan sama ada hendak mengundurkan diri dari pahang atau sebaliknya. Demi memelihara maruah dan maartabat Inggeris , Pahang perlu dipertahankan melalui cadangan pembentukan persekutuan untuk mengatasi masalah kewangan negeri ini.

2. Kawalan Kuasa residen
·         Di bawah Sistem residen, Residen menjadi terlalu berkuasa di negeri-negeri masing-masing. Sultan hanya simbol semata-mata dan bertindak sebagai pemerintah boneka. Kesukaran sistem perhubungan menjadikan Residen semakin berani menguatkan kuasa mereka. Kuasa Residen yang keterlaluan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu.
·         Justeru, Frank swettenham mengesyorkan supaya jawatan Residen Jeneral diwujudkan bagi menyelaraskan tugas keempat-empat buah negeri Melayu di bawah Sistem Residen

3. Kecekapan dan keseragaman pentadbiran
·         Di bawah pemerintahan Sistem Residen, pentadbiran kempat-empat buah negeri diasingkan dan ditadbirkan oleh empat orang resdien yang berlainan.Hasilnya wujud ketidakseragaman pentadbiran di Negeri-negeri di Tanah Melayu. Resdien menumpukan perhatian di negeri-negeri masing-masing.
·         Frank Swettenham mencadangkan penyatuan Negeri-negeri Melayu bagi mengatasi ketidakseragaman pentadbiran. Melalui pembentukan persekutuan, Inggeris dapat menambahkan kecekapan pentadbiran serta dapat memajukan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh dan bersepadu di keempat-empat buah negeri
·         Pembentukan persekutuan ini juga diharapkan mewujudkan keseragaman pentadbiran, kerjasama antara negeri untuk memajukan sistem pengangkutan yang pastinya menguntungkan Inggeris kerana memudahkan usaha membawa hasil ekonomi ke pelabuhan untuk dieksport.

4. Faktor keselamatan
·         Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi membentuk satu pasukan tentera bersama melindungi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Sebelum ini kekacauan yang berlaku di Tanah Melayu ditangani dengan terpaksa mendapatkan bantuan dari Singapura, Hong Kong dan India.
·         Melalui pembentukan persekutuan, kekuatan angkatan tentera dapat diwujudkan dengan adanya gabungan keempat-empat buah negeri. Dengan memiliki angkatan tentera yang besar dan kuat, Inggeris bertambah yakin untuk mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kekacauan di Negeri-negeri Melayu tanpa bantuan dari negara luar.

5. Faktor ekonomi
·         Kegagalam Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan sumber ekonomi di sesebuah negeri telah memberi peluang yang lebih luas kepada orang-orang Cina untuk mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Justeru, perlaksanaan Sistem Residen lebih menguntungkan orang Cina berbanding orang Inggeris.
·         Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan sebuah persekutuan amat penting bagi mewujudkan keseimbangan kemajuan ekonomi dan menarik kehadiran pelabur-pelabur Eropah ke Negeri-Negeri Melayu. Kemasukan pelabur Eropah secara beramai-ramai dijangka akan mempercepatkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi secara berskala besar.

6. Memperluaskan Sistem perhubungan
·         Di setiap negeri, Residen, membina jalan raya dan keretapi untuk negerinya sahaja. Tiada usaha untuk menghubungkan jalan raya dan jalan keretapi di antara keempat-empat buah negeri itu. Lantaran itu adalah sukar bagi resdien membincangkan perkara-perkara penting antara satu sama lain.
·         Oleh itu dengan penubuhan persekutuan, sistem perhubungan dapat dimajukan antara Negeri-negeri Melayu bagi memudahkan usaha-usaha menyelaras sistem pengurusan di negeri-negeri tersebut.

7. Dasar Kerajaan Inggeris
·         Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan terhadap negeri-negeri yang terletak di bawah perlindungannya. Pembentukan sebuah persekutuan didiorong oleh hasrat dan dasar Inggeris yang ingin menyatukan negeri-negeri kecil di tanah jajahan mereka. Matlamatnya ialah untuk memudahkan usaha mengeksploitasi sumber kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan diagihkan secara sama rata bagi faedah semua.
·         Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris  yang cuba mengurangkan kos pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi dan menambahkan kecekapan dalam pemerintahannya. Ini menjadi dasar Inggeris untuk memperlihatkan kejayaan perlaksanaan dasar ini di tanah jajahannya di Australia, Afrika selatan, Amerika Utara dan Kanada.

Kesimpulan
·         Akhirnya Inggeris telah menrima cadangan Frank swettenham, C.P Lucas dan Sir Cecil Celementi Smith untuk penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
·         Sepanjang perlaksanaannya , persekutuan ini telah meninggalkan pelbagai kesan dalam politik, ekonomi dan sosial. Penubuhan Persekutuan 1896 merupakan langkah awal ke arah penyatuan negeri-negeri Melayu